Dasar bayaran balik

Pulangan dan Bayaran Balik

 

Kami tidak menyediakan sebarang pulangan dan/atau bayaran balik melainkan terdapat sebarang kesilapan penghantaran atau kerosakan pakej semasa transit. Pelanggan dinasihatkan agar menyemak pesanan serta merta selepas menerima pesanan. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan sekiranya pesanan penghantaran telah diterima oleh pelanggan.

 

 

Saya telah menerima pesanan namun saya ingin membatalkannya. Bolehkah saya berbuat demikian?

 

Jika pesanan telah berjaya dihantar kepada pihak autoriti pembayaran, Nurish Organiq tidak akan melayan sebarang tuntutan untuk membatalkan pesanan. Oleh itu, sila pastikan anda telah memeriksa kesemua maklumat sebelum menghantar pesanan anda untuk pemprosesan.

 

 

Saya menerima produk yang rosak/pakej yang koyak. Sila maklumkan tindakan seterusnya.

 

Kesemua pesanan dipek dengan teliti oleh gudang tempatan kami dan kami berusaha keras untuk memastikan pesanan anda tiba dalam keadaan selamat. Namun jika terdapat sebarang kerosakan semasa transit, sila email kepada kami di hotline@nurishorganiq.com dengan rekod tarikh diterima, masa, nombor waybill dan gambar produk (sebagai bukti kerosakan) dan kami akan memberi maklum balas secepat mungkin dengan penyelesaian.

 

Sila maklum bahawa Nurish Organiq tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang produk yang telah diakui semasa penghantaran. Oleh itu, kami sarankan agar pelanggan menyemak keadaan pesanan anda sebelum menandatangan akuan penghantaran.

 

Saya menerima produk yang cacat. Sila maklumkan tindakan seterusnya.

 

Sila hubungi kami dengan segera di hotline@nurishorganiq.com dengan gambar bukti. Kami akan memberi maklum balas secepat mungkin dengan penyelesaian.

 

 

Pesanan saya kepada penerima yang ditetapkan tidak berjaya dihantar selepas beberapa kali. Saya ingin membatalkan/memulangkan pesanan saya. Bolehkah saya berbuat demikian?

 

Kesal untuk kami maklumkan yang kami tidak melayan sebarang bayaran balik dan penghantaran semua jika penerima yang ditetapkan tidak dapat dihubungi/ditemui. Dalam kes ini, produk akan dihantar semula pembeli, dan sebarang caj penghantaran tambahan untuk penghantaran semula atau penukaran ke alamat baru akan ditanggung oleh pembeli.

 

 

Bolehkah saya memulangkan barang rosak ke mana-mana kedai jualan anda?

 

Sila dimaklumkan bahawa pelanggan dalam talian/e-store adalah berbeza dengan pelanggan di kedai jualan; produk yang dipulangkan oleh pembelian dalam talian/e-store tidak akan ditanggung oleh rakan kongsi perniagaan Nurish Organiq.